LAMAN

Marhaban Ya Ramadhan... Tazkirah Ramadhan Al-Mubarak

Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada).

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, baginda telah bersabda yang bermaksud:

"1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah Ta'ala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji 'Arasy.

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah Ta'ala.

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah Ta'ala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam) menjaminnya di dalam Syurga.

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahalanya seperti pahala Maryam dan Asiah.

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah Ta.ala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak."


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut:

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'.
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain.
3- Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci, seperti: nyanyian yang melalaikan.
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, seperti: Produk Yahudi dan sekutunya.
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal