![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
Izinkan saya berkongsi satu cerita benar. Cerita ini berlaku sewaktu saya bekerja di sebuah pejabat guaman di Kota Bharu.
Suatu hari saya didatangi oleh seorang tua yg tiba2 ada di depan saya lalu berkata "Cik mahu tak rahsia supaya Cik tidak akan papa kedana sampai bila-bila".
Saya pantas menjawab "nak..nak.." Lalu org tua itu meminta saya keluarkan dompet duit saya ... Dalam fikiran saya mula mengesyaki yang orang tua ini mempunyai niat yg tidak baik tapi dalam masa yg sama hati saya berkata tak apa saya cuba memenuhi permintaan orang tua itu.
Orang tua itu senyum, seolah-olah dia tahu apa ada dalam fikiran saya lalu berkata "Jangan bimbang, Pakcik tidak berniat jahat".
Apabila melihat saya mengeluarkan dompet wang, pakcik itu terus bertanya berapakah duit yg ada. Hati saya berkata lagi.."Apakah maksud sebenar orang tua ini". Saya jawab "Saya ni gadis miskin pakcik mana ada duit yang banyak, dalam ni cuma ada RM10 jer, cukup untuk tambang balik & makan saya hari ini".
Pakcik itu menyuruh saya mengambil 20% daripada RM10 tadi bermakna RM2 harus saya keluarkan. Pakcik itu menyuruh saya melipat wang RM2 tadi & masukkan di celah dompet saya.
Inilah rahsia yg ingin pakcik sampaikan..."InsyaAllah jika Cik amalkan ini sampai bila-bila Cik tidak akan papa kedana".
Subhanallah Maha Suci Allah...saya amalkan rahsia menyimpan duit begitu sampai hari ini. Setiap hari saya akan mengambil 20% daripada wang yang ada....melipat & menyelitnya di dalam dompet. Setiap bulan apabila saya keluarkan bukan ratus tersimpan malah ribuan ada di dalam selitan dompet. Setelah itu ambil & simpanlah dalam akaun simpanan.
Banyak membantu saya, kerana kadang-kadang duit selitan itu membantu saya di saat saya kekeringan...
Silakan mencuba...pasti anda akn mengetahui rahmat & nikmatnya..
Dikongsikan oleh Dato' Dr. Azlina Che Abdullah
SUMBER